Thursday 20 November 2014

Seks semasa hamil

Seks Semasa Hamil


Adakah seks semasa hamil selamat?


  • Selagi kehamilan anda berjalan secara normal dan tidak mempunyai sebarang masalah semasa hamil, anda boleh melakukan hubungan seks sekerap yang anda mahu. Seks adalah selamat pada semua peringkat kehamilan tetapi ia tidak sesuai kepada ibu yang mempunyai risiko keguguran dan kelahiran pra-matang.
  • Ada juga pasangan yang risau seks mungkin menyebabkan isteri mereka sakit dan tidak bernafsu. Yang sebenarnya nafsu mungkin meningkat semasa hamil bagi sesetengah wanita. Pada trimester pertama, kadar naik turun hormone, keletihan dan loya boleh menjejaskan nafsu seksual anda. Pada trimester kedua, peningkatkan aliran darah ke organ-organ seksual dan payudara anda mungkin meningkatkan nafsu seksual seseorang wanita semasa hamil. Akan tetapi pada trimester ketiga, pertambahan berat badan, sakit belakang dan gejala lain mungkin menjejaskan nafsu seksual anda.
  • Oleh itu, Berbincanglah dengan pasangan aanda tentang kehendak dan naluri masing-masing.


Seks semasa hamil boleh menyebabkan keguguran?
  • Ramai pasangan bimbang bahawa hubungan seks semasa hamil akan menyebabkan keguguran, terutama dalam trimester pertama. Keguguran pada awal kehamilan biasanya berkaitan dengan keabnormalan kromosom ataupun masalah-masalah lain pada perkembangan bayi. Ia tidak berkaitan yang hubungan seksual yang anda lakukan.

No comments:

Post a Comment