Wednesday 19 November 2014

KEPENTINGAN IMMUNISASI/VAKSIN


Setiap ibubapa biasanya sibuk pada tahun pertama kehidupan bayi disebabkan temujanji doktor setiap bulan. Ketahui dengan lebih lanjut tentang vaksinasi dan kepentingannya kepada bayi anda.
Sejurus selepas bayi anda dilahirkan, suntikan BCG akan diberikan. BCG adalah vaksin yang melindungi dari penyakit batuk kering yang boleh membawa maut. Salah satu perkara penting yang mesti anda ingati setelah pulang dari hospital ialah jadual imunisasi bayi anda. 
Apakah kepentingan vaksin dan bagaimana ia boleh melindungi bayi anda dari jangkitan? Maklumat yang lebih mendalam akan menjadikan anda lebih komited kepada temujanji bayi anda dengan doktor.

Apa itu vaksin?

Konsep vaksinasi bermula sejak 1000 SM apabila pengamal perubatan traditional mendapati pesakit yang dijangkiti sesuatu penyakit akan menghasilkan imunisasi semulajadi terhadap penyakit tersebut. Vaksin adalah virus penyakit yang telah dilemahkan. Meskipun kita boleh mendapatkan imunisasi semulajadi dengan cara menjangkiti penyakit tersebut, ia tidak digalakkan kerana setengah penyakit mungkin membawa maut.
Bakteria dan virus diproses samada dengan mendedahkannya kepada haba yang tinggi atau mengubah unsur genetik sel mereka. Ia kemudiannya dijadikan vaksin yang dimasukkan ke dalam tubuh dengan cara suntikan atau dimakan. Sejurus selepas vaksin memasuki tubuh, sistem imun kita akan merawatnya sama seperti antigen atau kuman yang lain, mengenalpasti dan mengasingkannya. 
Perbezaannya ialah kuman ini tidak lagi merbahaya kepada tubuh kita kerana ia bukan kuman asli yang boleh menyebabkan kita sakit. Namun begitu, sistem imun kita tidak dapat membezakan antara bakteria “asli” atau yang “palsu”. Ia akan menganggap kita menghadapi serangan kuman. Seperti berdepan dengan kuman yang sebenar, sistem imun akan membina memori imun kuman dalam vaksin itu. Jika kita menghadapi serangan kuman “asli” pada masa depan, kita akan dilindungi kerana tubuh kita telah imun terhadapnya. 
Vaksin pertama telah ditemui oleh Dr. Edward Jenner dalam tahun 1970an untuk demam cacar, penyakit merbahaya yang telah meragut beribu-ribu nyawa di Eropah. Sejak itu, pelbagai vaksin telah dicipta dan menyelamatkan berjuta kanak-kanak dari penyakit berjangkit yang merbahaya. 

Vaksin untuk kanak-kanak

Banyak penyakit yang dahulunya merbahaya tidak lagi menjadi masalah kerana lebih ramai orang di seluruh dunia telah divaksinkan. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda boleh mengabaikan vaksin anak anda kerana dengan pergerakan musafir masa kini yang semakin bertambah, penyakit lebih mudah tersebar.
 

Apa yang terjadi

Setelah diberi vaksin, sesetengah bayi mungkin akan demam. Doktor akan membekalkan paracetamol kanak-kanak untuk melegakan demam bayi anda. Demam biasanya akan kebah dengan sendiri pada hari berikutnya.
Bayi anda mungkin akan banyak menangis untuk 2 hari pertama kerana tapak suntikan mungkin bengkak dan sakit. Uruskan bayi anda dengan berhati-hati dan pastikan ia tidak mengaru bahagian tersebut supaya ia cepat sembuh.
Jarang sekali akan berlaku kesan sampingan yang lebih serius seperti tindakbalas alergi, demam yang teruk atau perubahan kelakuan. Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika ia menunjukkan simptom seperti kesukaran bernafas, serak suara, ruam, pucat, jantung berdenyut, pening atau bengkak kerongkong.

Perkembangan dalam vaksinasi

Kombinasi baru vaksin seperti untuk difteria, tetanus dan polio (DTPa), demam campak, bengok dan rubella (MMR) kurang mendatangkan kesan sampingan. 

Bilakah vaksin TIDAK boleh diberikan

Jangan berikan vaksin kepada bayi anda jika dia:
  • Demam
  • Mengalami tindakbalas buruk terhadap imunisasi yang lain
  • Mempunyai alergi terhadap telur atau makanan berkanji
  • Mempunyai sejarah penyakit sawan
  • Sedang menjalani rawatan untuk kanser
  • Mengalami masalah pendarahan atau sistem imun
  • Sedang mengambil ubat yang lain

Maklumkan pada doktor tentang keadaan bayi anda dan dapatkan nasihat lanjut.

Tetapi kita tidak boleh terlalu bergantung dengan vaksin untuk mengelakkan penyakit berjangkit. Kita juga harus mengamalkan pemakanan yang sihat yang juga membantu meningkatkan imuniti dalam badan. Vaksin & pemakanan sihat harus seiring. Saya syorkan untuk mengambil pemakanan sunnah ( QASEH JUNIOR ) untuk anak-anak anda. Insyaallah anak anda akan lebih sihat.

Nak dapatkan Qaseh Gold Junior??
boleh hubungi zu di nombor dibawah.

sms/whatsapp
Zuraini
0178870574
 
Like Page : Info Sihat Qaseh Gold
Add FB:  Qaseh Zuraini Amal
 


No comments:

Post a Comment