Sunday 30 November 2014

Sakit Bersalin (contraction) Apa yang anda perlu lakukan?


Semua ibu yang akan melalui proses kelahiran bayi akan merasakan sakit kontraksi. Apakah sakit kontraksi? Ia adalah salah satu petunjuk bahawa proses kelahiran sudah bermula.

Sakit kontraksi mungkin bermula sebagai sakit belakang yang tidak begitu mencucuk atau anda mungkin berasa sangat sakit pada bahagian paha. Seterusnya, ibu mungkin mendapat kontraksi dalam perut, seakan-akan sakit kedatangan haid yang teruk.


Apa yang perlu dilakukan?

Apabila sakit kontraksi menjadi semakin kerap, ambil selang masanya. Sekiranya anda rasa kelahiran akan berlaku, segera panggil doktor atau jururawat (jika berada di hospital). Ibu tidak perlu pergi ke hospital dengan segera sekiranya sudah merasakan sakit kontraksi kecuali ia berlaku dengan sangat kerap (setiap lima minit), atau berasa sangat sakit.


Kelahiran anak pertama, biasanya berlaku selama 12 hingga 14 jam dan lebih selesa sekiranya di awal waktu, anda menghabiskan masa di rumah. Banyakkan bergerak dengan perlahan dan berehatlah jika perlu. Anda juga boleh merehatkan diri dengan mandi air suam, sekiranya air ketuban belum pecah atau menikmati snek ringan sebagai persediaan bekalan tenaga.




Ukur masa kontraksi selama sejam. Perhatikan bila masa setiap satu bermula dan berakhir. Kontraksi ini sepatutnya menjadi lebih kuat dan kerap dan berlanjutan selama sekurang-kurangnya 40 saat apabila kelahiran disahkan.


Apabila seorang wanita hamil



Melahirkan bayi merupakan perjuangan hidup mati seorang wanita. Kesakitan dan keperitan yang ditanggung tiada tolok bandingnya. Ketahui beberapa fakta menarik mengenai proses melahirkan bayi.

  • Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
  • Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
  • Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
  • Kira-kira 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa dua minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
  • Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

  • Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
  • Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
  • Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
  • Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
  • Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Begitu banyak pengorbanan yang telah banyak dilakukan untuk menjadi seorang ibu. Apa salahnya hargai diri anda dengan mengambil pemakanan yang sihat. Jom amalkan Qaseh Adinda untuk meningkatkan kesihatan anda.

Dapatkan Qaseh Gold Adinda. Hubungi zu no dibawah.

Call/whatsapp/telegram
Zuraini
0178870574
website: www.qasehzuraini.com.my
PAGE: Info Sihat Qaseh Gold
Add FB:  Qaseh Zuraini Amal
 

Masalah Sembelit pada bayi & kanak-kanak

Sembelit bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, tetapi bayi kecil anda juga boleh mengalami sembelit. Sembelit adalah keadaan bayi akan merasakan sukar untuk membuang air besar. Keadaan ini adalah disebabkan oleh najis bayi menjadi keras dan membuatkan bayi akan mengalami kesakitan dan sedikit darah akan terhasil kerana luka sekitar dubur. Selalunya berlaku pada bayi yang lebih besar. Ini adalah kerana apabila ia bermula dengan pengambilan makanan tambahan lain selain susu atau kerana perubahan dalam makanan diet.


Masalah sembelit terhasil apabila, anda boleh melihat anak anda tidak membuang air besar dalam masa 2-3 hari. Dan waktu bayi anda ingin membuangnya, dia akan berasa sakit dan menangis kerana berasa sukar untuk membuang najisnya.



Apa yang boleh dilakukan, jika bayi anda mempunyai masalah seperti berikut. Cara ini boleh dipraktikkan jika bayi anda berumur 1 tahun ke atas atau berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat:

1) Apabila bayi masih kecil yang mengalami kesukaran membuang air besar, dengan menggunakan termometer yang telah dilumurkan dengan pelincir jeli khas untuk dubur dan masukkan ke dalam dubur dengan teliti dan keluarkan najis tersebut. Ini dalam membantu bayi mengeluarkan najis tersebut

2) Bagi bayi yang lebih besar dan telah mula makan bermacam jenis makanan, beri banyak minum air kosong dan jus buah-buahan yang dikisar tanpa ditapis untuk membantu dan mengelakkan sembelit

3) Beri makanan, sayuran dan buah-buahan yang mempunyai tinggi serat dalam diet pemakanan anak anda. Contohnya, sayur bayam, lobak merah, pisang, betik, prune dan sebagainya.


Ini adalah cara yang biasa dilakukan untuk membantu bayi dan anak anda untuk mengelakkan sembelit atau membantu proses membuang air besar. Memang semua kanak-kanak akan mengalaminya dan kita sebagai ibu harus tahu cara yang terbaik untuk anak kita. Kerana perut anak anda masih kecil dan sedang mengadaptasi pemakanan yang berlainan yang diambil oleh anak anda. Walaupun di dalam susu formula telah dinyatakan mempunyai serat/fibre, anda masih perlu mengawasi diet anak anda dengan memberikan serat dari punca yang berlainan dari buah-buahan, sayur-sayuran dan juga tabiat meminum air yang banyak dapat melancarkan proses pencernaan dan sekali gus membaik pulih masalah sembelit dan juga mengelakkannya berlaku.

Berjumpalah dengan doktor anda sekiranya:

  • Sembelit berterusan selepas anda cuba lakukan di atas, masalah sembelit boleh digunakan cara penggunaan perubatan yang harus diberi arahan dari doktor anda.
  • Apabila sembelit diiringi dengan sakit perut atau muntah-muntah
CADANGAN ZU ATASI MASALAH SEMBELIT ANAK ANDA DENGAN QASEH GOLD JUNIOR, INSYAALLAH SANGAT MEMBANTU




Call/whatsapp/telegram
Zuraini
0178870574
website: www.qasehzuraini.com.my
PAGE: Info Sihat Qaseh Gold
Add FB:  Qaseh Zuraini Amal
 

Friday 28 November 2014

BAHAYAKAH UBAT BATUK??


Terdapat juga ubat batuk yang amat dikenali, hasil daripada liputan meluas melalui pengiklanan di kaca televisyen. Walaupun terdapat pelbagai jenis ubat batuk, hakikatnya kebanyakannya terdiri daripada bahan buatan yang sama. Persoalannya; apakah kandungan ubat batuk itu dan apakah fungsi mereka?
Guaifenesin adalah satu antara bahan-bahan yang kebiasaannya terdapat dalam ubat batuk. Kandungan Guaifenesin ini dikategorikan sebagaiexpectorantExpectorant membantu membuang kahak dan rembesan-rembesan yang lain melalui saluran pernafasan, mengurangkan kerengsaan serta ketidakselesaan pada saluran pernafasan.Guaifenesin adalah selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ia tidak mengandungi amaran penting atau tiada kesan sampingan yang berkaitan serta tiada interaksi yang signifikan terhadap preskripsi ubat-ubatan yang lain. Pesakit kencing manis juga boleh mendapatkan formulasiguaifenesin yang bebas gula.
Terdapat beberapa jenis bahan lain yang wujud dalam kandungan ubat penahan batuk (atau dikenali sebagai Antitussive). Ini termasuklah ‘codeine’ (di mana ia agak sukar didapati melalui pembelian-di-kaunter pada masa kini), pholcodeinedan dextromethorphanAntitussive sering diambil sebagai ubat untuk batuk yang tidak produktif , namun kajian menunjukkan bahawa ubat ini tidak membawa sebarang faedah. Oleh itu, kebanyakan doktor mengakui tentang peranan ubat penahan batuk yang agak terhad, sebaliknya menyarankan agar para pesakit memperbanyakkan amalan meminum air.


Codeinepholcodeine dan dextromethorphan perlu diambil dengan berhati-hati kerana berpotensi memberikan kesan sampingan terhadap ubat-ubatan lain yang telah dibekalkan terdahulu. Antara kesan-kesan sampingannya ialah membawa kepada pelalian dan juga boleh mengakibatkan sembelit. Pesakit asma juga perlu berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan ini kerana secara teori ia boleh membawa respiratory depression (istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan sebarang keadaan di mana kadar pernafasan seseorang individu di bawah 12-nafas setiap minit atau bermakna kesukaran bernafas). Codeinepholcodeine dandextromethorphan harus dielakkan oleh wanita hamil pada usia trimester ketiga kandungan.
Kebanyakan campuran dan persediaan ubat batuk yang ada mengandungi antihistamin dan terdapat beberapa jenis antihistamin yang biasa digunakan adalah termasuk diphenhydramine,chlorpheniraminepromethazine dan triprolidine. Antihistamin dianggap dapat membantu; dengan mengeringkan rembesan dari saluran pernafasan, manakala kesan sedatif boleh membantu seseorang yang mengalami batuk untuk mempunyai tidur malam yang lebih baik. Antara kesan-kesan sampingan antihistamin adalah seperti mulut kering, sembelit dan juga pelalian. Penggunaan antihistamin kepada kanak-kanak perlu dilakukan dengan berhati-hati, manakala untuk kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun adalah tidak digalakkan; melainkan jika terdapat kebenaran dari doktor.

Amat menakutkan bila mengetahui kesan sampingan ubat batuk. ZU sarankan kalau boleh elakkan dari mengambil ubat batuk. Kita kembali kepada pemakanan sunnah. Untuk rawatan batuk kita digalakkan mengambil Madu & Habatussauda .  Kedua-duanya mampu mengurangkan simptomp batu & asthma. Malah ia mampu meningkatakan imuniti dalam badan kita. Dah tentunya telah tertukis dalam Al Quran Habatussauda ubat segala penyakit melainkan Maut. Jadi jom kita berikhtiar dengan pemakanan sunnah. 
Untuk lebih memudah cara kita mengambil semua makanan sunnah dalam satu masa, zu cadangkan Anda mengambil QASEH GOLD. klik QASEH GOLD untuk maklumat lanjut.



Call/whatsapp/telegram
Zuraini
0178870574
website: www.qasehzuraini.com.my
PAGE: Info Sihat Qaseh Gold
Add FB:  Qaseh Zuraini Amal
 

Friday 21 November 2014

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN



1. Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.

2. Mata pandang perut.

3. Tangan pegang di pergelangan bahagian kaki atau pemegang pada katil.

4. Semasa proses meneran, elakkan mengeluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tidak kuat.

5. Jangan sesekali mengangkat punggung semasa meneran bagi mengelakkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.

6.Tarik nafas sedalam yang mungkin dan teran seperti membuang air besar tanpa menghembus nafas semasa meneran. Teran sekuat yang terdaya dan selama yang boleh; curi nafas dan sambung meneran. Setiap kontraksi cuba sebanyak 3 kali. Teran semasa kontraksi kerana bayi anda turut bergerak sama. Ambil nafas dan kumpul tenaga semasa kurang kontraksi.

7. Amalkan membaca selawat dan doa Nabi Yunus. Sebaiknya suami  membaca doa Nabi Yunus ini agar dapat memandu isteri mengikut bacaan suami kerana 
mungkin masa itu anda akan terlupa dek menahan sakit.

8. Suami sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk isteri.

Thursday 20 November 2014

Seks semasa hamil

Seks Semasa Hamil


Adakah seks semasa hamil selamat?


  • Selagi kehamilan anda berjalan secara normal dan tidak mempunyai sebarang masalah semasa hamil, anda boleh melakukan hubungan seks sekerap yang anda mahu. Seks adalah selamat pada semua peringkat kehamilan tetapi ia tidak sesuai kepada ibu yang mempunyai risiko keguguran dan kelahiran pra-matang.
  • Ada juga pasangan yang risau seks mungkin menyebabkan isteri mereka sakit dan tidak bernafsu. Yang sebenarnya nafsu mungkin meningkat semasa hamil bagi sesetengah wanita. Pada trimester pertama, kadar naik turun hormone, keletihan dan loya boleh menjejaskan nafsu seksual anda. Pada trimester kedua, peningkatkan aliran darah ke organ-organ seksual dan payudara anda mungkin meningkatkan nafsu seksual seseorang wanita semasa hamil. Akan tetapi pada trimester ketiga, pertambahan berat badan, sakit belakang dan gejala lain mungkin menjejaskan nafsu seksual anda.
  • Oleh itu, Berbincanglah dengan pasangan aanda tentang kehendak dan naluri masing-masing.


Seks semasa hamil boleh menyebabkan keguguran?
  • Ramai pasangan bimbang bahawa hubungan seks semasa hamil akan menyebabkan keguguran, terutama dalam trimester pertama. Keguguran pada awal kehamilan biasanya berkaitan dengan keabnormalan kromosom ataupun masalah-masalah lain pada perkembangan bayi. Ia tidak berkaitan yang hubungan seksual yang anda lakukan.

Wednesday 19 November 2014

KEPENTINGAN IMMUNISASI/VAKSIN


Setiap ibubapa biasanya sibuk pada tahun pertama kehidupan bayi disebabkan temujanji doktor setiap bulan. Ketahui dengan lebih lanjut tentang vaksinasi dan kepentingannya kepada bayi anda.
Sejurus selepas bayi anda dilahirkan, suntikan BCG akan diberikan. BCG adalah vaksin yang melindungi dari penyakit batuk kering yang boleh membawa maut. Salah satu perkara penting yang mesti anda ingati setelah pulang dari hospital ialah jadual imunisasi bayi anda. 
Apakah kepentingan vaksin dan bagaimana ia boleh melindungi bayi anda dari jangkitan? Maklumat yang lebih mendalam akan menjadikan anda lebih komited kepada temujanji bayi anda dengan doktor.

Apa itu vaksin?

Konsep vaksinasi bermula sejak 1000 SM apabila pengamal perubatan traditional mendapati pesakit yang dijangkiti sesuatu penyakit akan menghasilkan imunisasi semulajadi terhadap penyakit tersebut. Vaksin adalah virus penyakit yang telah dilemahkan. Meskipun kita boleh mendapatkan imunisasi semulajadi dengan cara menjangkiti penyakit tersebut, ia tidak digalakkan kerana setengah penyakit mungkin membawa maut.
Bakteria dan virus diproses samada dengan mendedahkannya kepada haba yang tinggi atau mengubah unsur genetik sel mereka. Ia kemudiannya dijadikan vaksin yang dimasukkan ke dalam tubuh dengan cara suntikan atau dimakan. Sejurus selepas vaksin memasuki tubuh, sistem imun kita akan merawatnya sama seperti antigen atau kuman yang lain, mengenalpasti dan mengasingkannya. 
Perbezaannya ialah kuman ini tidak lagi merbahaya kepada tubuh kita kerana ia bukan kuman asli yang boleh menyebabkan kita sakit. Namun begitu, sistem imun kita tidak dapat membezakan antara bakteria “asli” atau yang “palsu”. Ia akan menganggap kita menghadapi serangan kuman. Seperti berdepan dengan kuman yang sebenar, sistem imun akan membina memori imun kuman dalam vaksin itu. Jika kita menghadapi serangan kuman “asli” pada masa depan, kita akan dilindungi kerana tubuh kita telah imun terhadapnya. 
Vaksin pertama telah ditemui oleh Dr. Edward Jenner dalam tahun 1970an untuk demam cacar, penyakit merbahaya yang telah meragut beribu-ribu nyawa di Eropah. Sejak itu, pelbagai vaksin telah dicipta dan menyelamatkan berjuta kanak-kanak dari penyakit berjangkit yang merbahaya. 

Vaksin untuk kanak-kanak

Banyak penyakit yang dahulunya merbahaya tidak lagi menjadi masalah kerana lebih ramai orang di seluruh dunia telah divaksinkan. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda boleh mengabaikan vaksin anak anda kerana dengan pergerakan musafir masa kini yang semakin bertambah, penyakit lebih mudah tersebar.
 

Apa yang terjadi

Setelah diberi vaksin, sesetengah bayi mungkin akan demam. Doktor akan membekalkan paracetamol kanak-kanak untuk melegakan demam bayi anda. Demam biasanya akan kebah dengan sendiri pada hari berikutnya.
Bayi anda mungkin akan banyak menangis untuk 2 hari pertama kerana tapak suntikan mungkin bengkak dan sakit. Uruskan bayi anda dengan berhati-hati dan pastikan ia tidak mengaru bahagian tersebut supaya ia cepat sembuh.
Jarang sekali akan berlaku kesan sampingan yang lebih serius seperti tindakbalas alergi, demam yang teruk atau perubahan kelakuan. Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika ia menunjukkan simptom seperti kesukaran bernafas, serak suara, ruam, pucat, jantung berdenyut, pening atau bengkak kerongkong.

Perkembangan dalam vaksinasi

Kombinasi baru vaksin seperti untuk difteria, tetanus dan polio (DTPa), demam campak, bengok dan rubella (MMR) kurang mendatangkan kesan sampingan. 

Bilakah vaksin TIDAK boleh diberikan

Jangan berikan vaksin kepada bayi anda jika dia:
  • Demam
  • Mengalami tindakbalas buruk terhadap imunisasi yang lain
  • Mempunyai alergi terhadap telur atau makanan berkanji
  • Mempunyai sejarah penyakit sawan
  • Sedang menjalani rawatan untuk kanser
  • Mengalami masalah pendarahan atau sistem imun
  • Sedang mengambil ubat yang lain

Maklumkan pada doktor tentang keadaan bayi anda dan dapatkan nasihat lanjut.

Tetapi kita tidak boleh terlalu bergantung dengan vaksin untuk mengelakkan penyakit berjangkit. Kita juga harus mengamalkan pemakanan yang sihat yang juga membantu meningkatkan imuniti dalam badan. Vaksin & pemakanan sihat harus seiring. Saya syorkan untuk mengambil pemakanan sunnah ( QASEH JUNIOR ) untuk anak-anak anda. Insyaallah anak anda akan lebih sihat.

Nak dapatkan Qaseh Gold Junior??
boleh hubungi zu di nombor dibawah.

sms/whatsapp
Zuraini
0178870574
 
Like Page : Info Sihat Qaseh Gold
Add FB:  Qaseh Zuraini Amal
 


Monday 17 November 2014

Kurma & Khasiatnya

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai banyak khasiat.

anak-pokok-kurma-717703141kurma02kurma03
Khasiat Kurma
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa.  Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
date-jam_newkurma01dates-juice

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

kurma05kurma06kurma07
Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk. Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

kurma04kurma08kurma09
 Kajian Dan Penemuan Sains Perubatan
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.
Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut. Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria
Tahukah Anda?
i.     Kurma Mencegah Serangan Strok
Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan strok berkat tingginya kalium yang dikandungnya.  Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan tenaga atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan.
Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan tenaga yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan strok.
ii.     Memiliki Aktiviti Seperti Aspirin/Pill Killer
Selain kalium yang berguna bagi kesehatan jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat. Zat ini, dikenal sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembukan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot , menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin.
Kurma kering , katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri, prune dan kismis kering  juga kaya dgn kalium  kerana ia juga mengandung salisilat. orang yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat, akan bereaksi sama  dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang peka terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat, termasuk kurma. 
iii.     Komposisi Gizi
Buah kurma boleh dimakan secara langsung, dalam keadaan kering atau segar. Disamping itu, juga boleh dimanfaatkan untuk berbagai hidangan seperti aneka produk roti, permen, ais krim, selada dan sirap. Di negera Arab kurma  mendapat tempat yang cukup baik di dalam masyarakat. Buah berbentuk silinder dengan biji beralur tunggal ini biasanya dikonsumsi bersama hasil olahan susu.
Nilai gizi utama yang diandaikan memang kandungan karbohidrat sederhananya, alias gulanya, yang tinggi. Kandungan karbohidratnya berkisar dari sekitar 60% pada kurma lembek (yang diambil sewaktu masih lembik dan mentah) hingga sekitar 70% pada kurma kering (yang mengering di pohon, terjemur matahari) Kebanyakan varietas kurma mengandungi gula glukosa (jenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa (jenis gula yang terdapat dalam sebagian besar buah-buahan). Namun, satu varietasnya yang bernama Deglet Noor yang tumbuh di California hanya mengandungi gula sukrosa (dikenal juga sebagai gula pasir).
Menurut Dr. Anwar El Mufti dari Mesir, seperti dikutip harian "Buana Minggu", kurma mengandung zat gula 70%. Sebagian besar zat gula yang terdapat di dalamnya sudah diolah secara alami dan tidak berbahaya bagi kesihatan. Seperti halnya gula pada buah-buahan yang dinamai fruktosa, zat ini mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Dengan demikian akan menghasilkan tenaga yang tinggi, tanpa menyusahkan tubuh untuk mengolah, mencerna, dan menjadikannya sebagai gizi yang baik. Itu sebabnya mengapa kurma dianggap sebagai buah yang ideal untuk hidangan berbuka puasa ataupun sahur.  
Segelas air yang mengandung glukosa, menurut Dr. David Conning, Pengarah Am British Nutrition Foundation, seperti dikutip Panasea, akan diserap tubuh dalam 20-30 menit, tetapi gula yang terkandung dalam kurma baru habis terserap dalam tempo 45-60 menit. Makanya, orang yang makan cukup banyak kurma pada waktu sahur akan menjadi segar dan tahan lapar, sebab bahan ini  juga kaya dengan serat.
Keunggulan kurma lainnya mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, dan riboflavin dalam jumlah yang bisa diandalkan, serta niasin dan kalium dalam jumlah yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga memuat berbagai zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta serat (bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.
Dalam setiap 100 g kurma kering terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg, riboflavin 0,10 mg, niasin 2,20 mg, serta kalium 666 mg. Zat-zat gizi itu berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat serta penting untuk fungsi jantung.
Riboflavin dan niasin. Misalnya, akan membantu melepaskan energi dari makanan, sementara tiamin membantu melepaskan energi dari karbohidrat. Vitamin A dan niasin memainkan peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sehat. Tiamin penting bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal saraf.
Kurma juga mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang  secara  mempermudah buang air besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah perdarahan rahim.
BUAH kurma bukan lagi asing bagi masyarakat di negara ini khususnya umat Islam, lebih-lebih lagi apabila pada bulan Ramadan. Namun pernahkah anda terfikir untuk menanam pohon kurma atau memiliki sendiri ladang kurma di negara ini? Atau memiliki sebuah tapak semaian benih kurma untuk dijual secara komersial? Atau sekadar menanam pokok kurma di halaman sebagai hiasan yang cantik? Usahlah berasa hairan jika berhasrat demikian kerana ia kini bukanlah sesuatu yang mustahil!

Thursday 13 November 2014

Bagaimana Kitaran Haid Berlaku

Bagaimana kitaran haid berlaku
Ketika dilahirkan, seorang bayi perempuan mempunyai 1 juta folikel. Folikel ketika ini merupakan telur yang tidak matang. Ia dihasilkan dalam badan fetus (janin dalam kandungan) ketika ia hanya berusia 4 bulan dalam perut ibunya!
Ketika baligh (puberty), kitaran haid dan kesuburan seorang wanita akan diaktifkan. Di permulaan kitaran haid, kelenjar pituitary akan menghantar mesej kepada salah satu ovari (wanita ada dua ovari).  Hormon membawa mesej tersebut melalui darah.  Follicle Stimulating Hormon (FSH – hormon yang meransang folikel) akan mengaktifkan folikel (dalam satu ovari sahaja) supaya matang.
kitaran-haid
Apabila folikel diransang untuk menjadi matang, ia akan merembeskan estrogen. Ketika ini, estrogen adalah sangat dominan.
Antara fungsi estrogen ialah :
  • Ia menurunkan suhu badan wanita kerana manusia sebenarnya prefersuhu yang lebih rendah ketika telur dalam fasa dimatangkan.
  • Estrogen meransang pengeluaran cecair servik yang membantu sperma hidup hingga 5 hari.
  • Ia melembutkan servik, membawa ia dekat ke saluran vagina dan membuka bukaan hadapan (os).
Apabila satu telur di dalam folikel mencapai tahap matang, satu signal (membawa berita yang telur itu dah matang) akan sampai kepada otak. Otak akan merembeskan Luteinizing Hormone(LH – hormon yang meransang pengovulan) kepada ovari. Telur yang matang itu akan ‘ditembak’ keluar dari folikel dan fimbria (berbentuk macam jejari kat tiub fallopian tu) akan cepat-cepat ‘mengambil’ telur tersebut. Proses ini dinamakan pengovulan.
pengovulan

Selepas pengovulan, folikel akan bertukar peranan dan namanya. Sekarang ia merupakan corpus luteum dan merembeskan progesterone.
Hormon progesterone berfungsisebagai:
  • Ia menaikkan suhu badan wanita
  • Ia mengeringkan cecair servik.
  • Ia menutup bukaan pada faraj (os), mengeraskan dan menurunkan servik (jauhkan servik dari vagina)
  • Ia menebalkan dinding uterus (rahim), jika persenyawaan terjadi, embrio itu akan mempunyai kawasan penempelan yang penuh dengan darah, panas dan kaya dengan mineral. Jika persenyawaan tidak berlaku, maka darah itu akan dikeluarkan ketika menstruasi (haid).
Progesterone akan terus aktif selepas pengovulan tidak kira sama ada persenyawaan berlaku atau tidak. Corpus luteum akan ‘hidup’ dan merembeskan progesterone selama 11-16 hari. Jika seorang wanita itu tidak mengandung,corpus luteum itu akan mati, suhu badannya akan menurun dan haid akan berlaku dalam tempoh satu hingga dua hari selepas itu.
Peranan supplemen ketika ini
Seperti yang telah saya terangkan di atas (kata ringkas, macam panjang lebar jugak), kita akan dapati hormon sangat mendominasi sistem badan wanita. Dan proses ketika ovum atau telur diletuskan (bayangkan ditembak) keluar dari folikel itu sebenarnya banyak sel yang mati disebabkan oleh proses tersebut.
Badan kita perlu  menggantikan sel-sel baru dengan cepat supaya sel mati akan terus dibuang dan proses lain dalam badan berjalan lancar.
Untuk badan kita merembeskan hormon sepatutnya pada masa sepatutnya serta imbangan yang tepat antara hormon juga memerlukan sistem badan yang sihat.