Tuesday 7 October 2014

Morning sickness/ mabuk ketika hamil

Tiada seorang pun tahu kenapa tanda kehamilan pertama bagi ramai bakal ibu iailah kecenderungan untuk berkejar ke bilik air pada awal pagi. Oleh sebab sekitar lapan daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk, dan separuh daripada mereka muntah-muntah, ramai wanita menghabiskan minggu-minggu awal kehamilan dengan perasaan yang paling dahsyat dan tidaklah kelihatan ceria berseri-seri. 

Mabuk hamil adalah kejadian medikal yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi betapa teruk ianya dihidapi berbeza antara wanita. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan. 



Wanita yang menghidapi mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang benar-benar memahami apa yang mereka sedang lalui. Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan.  

Bentuk mabuk hamil yang paling teruk dipanggil gravidarum hyperemesis (bermaksud "muntah berlebihan semasa mengandung"). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda mungkin menhidapi hyperemesis. Tidak seperti penyakit kehamilan biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yang boleh. 


MENGAPA SAYA BERASA MABUK?

Walaupun kenyataan ini tidak membantu mabuk anda, sebenarnya rasa mabuk merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi. Punca mabuk hamil tidak diketahui, ia difikirkan berkaitan dengan hormon gonadotrofin korion manusia (hCG). Ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta anda mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi anda pada sekitar 12 hingga 14 minggu. Hormon lain seperti estrogen dan hormon tiroid tiroksina juga dikatakan bertanggungjawab. 

Jika anda juga mengalami mabuk perjalanan, simptom anda boleh dikaitkan dengan gangguan dalam mekanisme mengimbang yang bertempat di telinga dalam anda. Punca mabuk hamil lain, yang jarang berlaku, termasuk gangguan kepada salah satu kimia "rasa seronok" otak, serotonin, atau jangkitan penghadaman bergelar helicobacter pylori. 

Jika anda berasa letih, lapar, atau tertekan, loya itu mungkin menjadi lebih teruk, dan jika anda mengandung kembar dua atau tiga tahap hormon kehamilan anda adalah lebih tinggi, dan anda boleh mendapat penyakit mabuk yang lebih teruk. 

Teori evolusi menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan rasa loya wanita hamil adalah satu langkah perlindungan, yang menyebabkan kemungkinan dia dimudharatkan oleh racun atau toksin dalam persekitaran menjadi lebih kurang. 

BERAPA LAMAKAH IA AKAN BERLANGSUNG?

Mabuk hamil biasanya bermula pada sekitar lima atau enam minggukehamilan dan berkurangan bagi kebanyakan wanita menjelang 14 minggu. Sesetengah wanita mendapati ianya berterusan sehingga 16 minggu, manakala yang lain mengalami pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah sepanjang sembilan bulan sehingga kelahiran. Nasib baik, ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda telah mendapatkan bantuan dari awal

Jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau jika anda merasa loya dan muntah-muntah pertama kali setelah hamil sembilan minggu, berjumpalah dengan doktor anda sebab anda mungkin menghidapi penyakit lain. 

MENDAPATKAN BANTUAN DAN SOKONGAN

Anda mungkin mendapati bahawa kombinasi perubahan pemakanan, bantuan kendiri dan ubat natural bermakna anda boleh bertahan dengan penyakit anda sehingga ia berkurangan. Jika tiada apapun yang mujarab, dan anda masih menderita, berjumpalah dengan doktor anda dengan seberapa segera. Rawatan menjadi lebih sukar lagi lama anda membiarkannya. Mereka boleh mempertimbangkan cara-cara lain untuk mengatasi masalah ini, termasuk ubat-ubatan



Beritahu suami, keluarga dan rakan-rakan anda tentang apa yang anda sedang alami, dan apa yang anda perlukan, sebab mereka mungkin tidak tahu bagaimana hendak membantu anda. Anda tidak perlu merasa bersalah jika memerlukan bantuan dengan perkara-perkara praktikal seperti membeli-belah, memasak dan kerja rumah - anda sakit! Anda mungkin perlu memberitahu rakan-rakan sekerja tentang kehamilan (dan penyakit) anda lebih awal daripada yang dirancangkan, supaya boleh mendapatkan sokongan yang anda perlukan. 

Satu lagi cadangan zu untuk mengurangkan morning sickness dan boleh menimbangi elektrolite dalam badan ketika morning sickness, adalah dengan pengambilan  
1. SOLE
2. Qaseh Adinda

sms/whatsapp
Zuraini
0178870574
 
Like Page : Qaseh Nurin Gold
Add FB:  Zuraini Amal
 

No comments:

Post a Comment