Saturday 13 December 2014

Bila Anda perlu ke hospital


Jika ini  kehamilan pertama anda, anda mungkin merasa tidak pasti tentang bila anda perlu pergi ke hospital kerana tiada pengalaman. Jalan terbaik ialah datang saja ke hospital dan biarkan bidan menilai tahap ‘labour’ anda. Sekiranya anda masih di peringkat awal, anda akan dibenarkan pulang dan menunggu sehingga sakit menjadi lebih kuat.
Jika air ketuban anda sudah pecah, anda dinasihatkan pergi ke hospital seberapa segera tanpa berlengah lagi. Ketuban pecah sebelum sakit bermula cuma berlaku pada segelintir 15% wanita hamil sahaja.
 Anda berada di tahap aktif ‘labour’ sekiranya kontraksi menjadi: 
  • tetap
  • semakin kuat
  • datang setiap lima minit sekali
  • berterusan kira-kira 40 saat
Bagi mereka yang tinggal jauh dari  hospital, anda mungkin perlu datang sebelum anda sampai ke peringkat ini.
Bagi mereka yang hamil anak kedua dan seterusnya, anda dinasihatkan datang  ke hospital sebaik sahaja sakit bermula ia tempoh bersalin yang lebih cepat dari kandungan pertama.
Bawa semua bahan keperluan yang perlu di bawa sahaja seperti surat kemasukan ke wad, buku antenatal, kad pengenalan atau kad insuran jika ada. Elak dari membawa barang kemas, wang yang banyak atau sebarang barangan berharga yang lain.

Apa yang akan Terjadi di Bilik bersalin


Wad bersalin berbeza-beza diantara satu sama lain, jadi berikut adalah panduan kepada apa yang mungkin berlaku semasa anda tiba di hospital.

Ketibaan

Selepas mendaftar, anda akan dibawa ke bilik bersalin di mana anda akan diberikan gaun hospital. Gaun ini longgar dan diperbuat dari kapas supaya anda selesa dan memudahkan penyusuan susu ibu sebaik bayi dilahirkan nanti. Seterusnya pemeriksaan fizikal akan dilakukan oleh bidan ini termasuklah:

  • Mengambil bacaan nadi, suhu dan tekanan darah anda
  • Merasa perut anda untuk memeriksa kedudukan bayi dan merekodkan bunyi jantung bayi anda
  • Mungkin melakukan pemeriksaan vagina untuk mengetahui berapa besar serviks anda telah terbuka, supaya bidan boleh memberitahu sejauh mana peringkat bersalin anda.
Pemeriksaan akan di buat setiap 2-4 jam sekali bergantung kepada tahap ‘labour’ anda. Sekiranya sakit sudah ketara  anda boleh berbincang dengan bidan tentang pilihan yang ada untuk mengurangkan sakit bersalin seperti Epidural dan sebagainya.

Memantau Degup Jantung Bayi

Kadar degup jantung bayi akan di pantau sepanjang sakit bersalin. Bidan akan memerhati teliti sebarang perubahan jantung bayi yang ketara. Terdapat beberapa cara yang berbeza dalam memantau degupan bayi.

  • Dengan menggunakan alat yang di-panggil doppler, dimana degup jantung akan dikira setiap 15-30 minit. Selalunya di buat pada peringkat awal bersalin. Pada masa ini anda masih boleh bebas bergerak dan mungkin masih berada di wad biasa.
  • Dengan mengunakan mesin CTG (cardiotocograph) dimana degup jantung bayi anda dan kontraksi rahim di pantau secara elektronik melalui monitor. Dua alat sensor akan di lekatkan pada perut anda . Anda masih boleh bangun dan bergerak jika tetapi dengan terhad. Selalunya pada saat ini anda sudah dalam peringkat lewat bersalin dan pesakit lebih memilih untuk berbaring dikatil disebabkan kesakitan yang sudah ketara.
  • Pantauan mengunakan internal CTG. Jikan signal jantung bayi sukar di kesan, doktor akan mencadangkan satu klip diletakkan pada kepala bayi secara terus melalui vagina. Ia selalunya dilakukan pada kelahiran berisiko tinggi dan tidak dibuat secara rutin.

Jika tempoh masa bersalin menjadi lama


Terdapat keadaan dimana proses bersalin menjadi perlahan dan tidak sebagaimana yang dijangkakan.
Ini terjadi disebabkan oleh kontraksi yang lemah atau kedudukan kepala bayi yang tidak rapat pada ruang pelvis. Dalam kes sebegini, doktor mungkin akan mencadangkan:
  • Pecah ketuban iaitu prosedur yang dipanggil ARM (artificial rupture of membrane). ARM dibuat melalui vagina dimana satu alat plastik akan digunakan untuk memecahkan selaput ketuban. Ia satu prosedur yang ringkas dan tidak menyakitkan.
  • Jika ARM tidak masih juga tidak berkesan, doktor akan mencadangkan penggunaan ubat syntocinon yang dimasukkan ke dalam vena di lengan anda untuk menguatkan kontraksi rahim.

Semasa Meneran


Apabila serviks anda sudah terbuka sepenuhnya, anda dikatakan berada di peringkat ke 2 bersalin, dan anda pada saat ini secara semulajadi akan mengalami satu perasaan untuk meneran.  Selalunya bidan atau doktor akan membantu dengan memberikan dorongan dan galakan supaya anda dapat meneran dengan betul.

  • Ambil dua nafas dalam sebelum kontraksi bermula dan teran sebaik kontraksi bermula
  • Ambil satu lagi nafas apabila anda perlu.
  • Teran beberapa kali sehingga kontraksi berakhir.
  • Selepas setiap kontraksi, rehat untuk mendapatkan tenaga sebelum kontraksi seterusnya

Peringkat ini memerlukan usaha yang keras dan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Ia memerlukan kesabaran dan semangat yang kuat kerana masa inilah yang paling penting dan genting kerana anda sudah berada di penghujung kelahiran.

Pada Saat Terakhir


Jika ‘labour‘anda keadaan yang baik dan anda meneran dengan efektif, kepala bayi akan bergerak ke bawah vagina sehingga ubun ubun kepalanya akan dapat dilihat. Apabila kepala bayi sudah hampir hendak keluar, doktor akan meminta anda berhenti meneran dan menggalakkan anda untuk menarik beberapa nafas pendek dengan cepat dan meniup keluar melalui mulut anda.

Ini untuk membiarkan kepala bayi anda boleh dilahirkan secara perlahan-lahan secara lembut, seterusnya memberikan kulit dan otot perineum masa untuk meregang tanpa koyak.

Kulit perineum biasanya meregang dengan baik, tetapi ia juga senang koyak. Sekiranya anda berisiko untuk koyak dengan teruk, doktor mungkin akan membuat episiotomi supaya luka lebih rata dan senang dijahit. Episiotomi juga boleh mempercepatkan tempoh bersalin anda.

Apabila bayi anda sudah dilahirkan, penat lelah anda berakhir. Doktor atau bidan akan mengelap badan bayi dan memotong tali pusat, atau anda boleh meminta suami anda untuk memotong tali pusat  bayi anda. Pada masa ini anda boleh meminta untuk mendapatkan ‘skin to skin contact’ dengan bayi jika mahu.

Bayi anda mungkin dilahirkan dengan bahan berwarna putih pada meliputi keseluruhan badannya, bahan berminyak ini dikenali sebagai vernix, yang memberikan perlindungan untuk bayi semasa di dalam rahim.

Rahim anda akan mengalami kecutan yang kuat untuk menolak keluar uri dari rahim. Anda juga akan diberikan suntikan sintosinon akan membantu mengurangkan pendarahan faraj selepas bersalin.

Anda boleh meminta untuk menyusukan bayi anda secepat mungkin kerana ia akan membantu penyusuan anda disamping menolong mengecutkan lagi rahim anda untuk mengurangkan risiko pendarahan. Bayi sepatutnya pandai menghisap dengan serta merta secara semula jadi.

Thursday 11 December 2014

Susu badan semakin berkurangan? Jom amalkan tip ini.

Amalan Mudah Untuk Menambahkan Susu Badan

Amalan Mudah Untuk Menambahkan Susu Badan

1-Baca selawat ke atas Nabi 

Sebelum menyusukan anak atau mengepam sus,mulakan dengan membaca bismillah dan selawat . Niatkan supaya susu cukup utk anak.( boleh juga baca selawat seperti selawat dalam tahiyat juga boleh) 



2-Baca surah Al Baqarah Ayat 60 

Letakkan tangan di payudara , usap dan doa kepada Allah dalam hati agar murahkan rezeki anak dan kita mampu keluarkan susu yang cukup untuk anak, sekurang-kurangnya sehingga anak berusia cukup 2 tahun. InsyaAllah.


3- Perbanyakkan istighfar

Baca astagfirullahalazim. Ulang dan ulang dalam keadaan dalam hati berserah dan berdoa pada Allah. Istighfar ini kita mohon ampun pada Allah , kesali kesalahan kita yang dilakukan terdahulu sedar atau tidak , hati memohon agar dosa-dosa itu tidak menghijab rezeki anak yang masih kecil.


4- Berfikiran positif , positif dan positif.

Jangan cepat panik jika susu berkurang walau anak baru berusia beberapa minggu @ baru 6 bulan awal, susukan seperti biasa walaupun susu tak banyak.Yakin susu akan keluar dan jangan give up.


5-Kerapkan masa menyusu (direct feed)

Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu.Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi. Teori demand and supply – semakin besar permintaan , semakin banyak supplier perlu hasilkan permintaan.

p/s: Menyusukan anak adalah anugerah istimewa yang hanya dapat dinikmati oleh seorang Wanita yang bergelar IBU sahaja. Hargailah dan manfaatkannya sebaikmungkin. Semoga dipermudahkan urusan.

Satu lagi cara untuk tambah susu badan apa kata ibu-ibu ikhtiar dengan QASEH GOLD ADINDA & SOLE insyaallah amat membantu kerana ia diformulasi dari beberapa jenis makanan sunnah, yg mampu membantu menambah susu badan

Klik disini untuk testimoni susu ibu bertambah setelah amalkan Qaseh Gold Adinda

Dapatkan Qaseh Gold Adinda. Hubungi zu no dibawah.

Call/whatsapp/telegram
Zuraini
0178870574
website: www.qasehzuraini.com.my
PAGE: Info Sihat Qaseh Gold
Add FB:  Qaseh Zuraini Amal
 


Adakah anda Kenal ZAFRAN?




Za’faran adalah sejenis pokok herba dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.

Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo.

Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu
 asli.
Za’faran adalah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Malah ianya sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan dan minumam serta di bidang ikosmetik.

Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.

Bagi mendapatkan 10 grams stigma(filament) za’faran, ianya memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.

Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.