Thursday 11 December 2014

Adakah anda Kenal ZAFRAN?




Za’faran adalah sejenis pokok herba dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.

Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo.

Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu
 asli.
Za’faran adalah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Malah ianya sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan dan minumam serta di bidang ikosmetik.

Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.

Bagi mendapatkan 10 grams stigma(filament) za’faran, ianya memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.

Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.

No comments:

Post a Comment