Sunday 28 September 2014

GARAM KRISTAL HIMALAYA




Apa bezanya garam 60 sen, garam bukit dan garam kristal?


Garam 60 sen (garam laut biasa) adalah toksik. Ia mengandungi Aluminium Hidroksida untuk mengekalkannya agar kering dan serui. Garam yang tidak tulen inilah yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuk tekanan darah tinggi, strok, sakit buah pinggang dll.
GARAM BUKIT


GARAM KRISTAL HIMALAYA


Garam Bukit dan Garam Kristal berbeza di mana Garam Bukit berada di lapisan atas Garam Kristal. 
Lebih dalam garam itu diperolehi dari dalam tanah lebih halus molekulnya. Molekul garam kristal adalah paling halus dan berada di gred paling tinggi. 
Kerana itu juga ia TIDAK DIPROSES DI BUAH PINGGANG sebaliknya DISERAP TERUS OLEH TUBUH. Makanya garam jenis ini adalah selamat digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi dan pesakit kerana ia 100% tulen dan semulajadi.

Bertukarlah kepada Garam Mineral Kristal Himalaya hari ini.Antara garam keluaran Ana Edar


1-GARAM MASAKAN ANA EDAR (800gram)
Ia 100% SEMULAJADI,mineralnya DISERAP TERUS oleh tubuh dan TIDAK DIPROSES DI BUAH PINGGANG, jadi ia 100% SELAMAT UNTUK BAYI DAN PENGHIDAP DARAH TINGGI JUGA! Bertukarlah kepada garam kristal himalaya, ia suci semulajadi berusia 252juta tahun!


2-PATI KRISTAL GARAM MINERAL(SOLE)
SOLE merupakan pati kristal garam mineral dari Himalaya merupakan minuman mineral lengkap yang berfungsi untuk kesihatan optimum.SOLE dengan 84 jenis mineral semulajadi adalah unsur penting yang dapat membantu pesakit diabetes. 

Air minuman yang dibancuh dengan pati kristal garam mineral Sole mengandungi kesemua garam galian (mineral) yang terdapatm dalam air mineral Evian dan Spritzer. 
Malah, ia juga mengandungi lebih banyak elemen dan elzektrolit yang menyamai komposisi unsur dalam darah kita.Hanya campurkan ke dalam air masak untuk diminum seharian. 
Hanya masukkan 5ml dalam 1.5- 2L  dan habiskan untuk 1 hari. Wajib minum 2-3L minuman yg telah dicampurkan setiap hari untuk lebih berkesan.



HUBUNGI ZU 
0178870574

Friday 26 September 2014

GOUT - Tanda, punca, rawatan & pencegahannya

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
TANDA GOUT
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

KOMPLIKASI
  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    • Kegemukan
    • Darah tinggi
    • Hiperlipidemia
    • Diabetes

gout

RAWATAN
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
Rawatan serangan akut
Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

PEMAKANAN
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
ELAKKAN MAKANKURANGKAN MAKAN
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans and peas
  • Poultry
  • Roti jagung dan bijirin

PENCEGAHAN
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
    • Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
    • Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
  • Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air
  • Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
  • Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
  • Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.


Selain dari ubat-ubatan, untuk mengurangkan asid urik di dalam badan anda untuk kesihatan, cubalah makan beberapa atau semua jenis makanan berikut yang dikenali dapat membantu dengan sakit gout dan merendahkan tahap asid urik.

1. PERASA & REMPAH
  • Cuka epal cider (Apple Cider Vinegar) berupaya menghancurkan/melarutkan/membubarkan kristal asid urik dengan menukar ph darah kepada keadaan yang lebih alkali.
  • Tambah 1/3 cawan halia yang telah dikisar dalam tab mandi untuk menggalakkan badan berpeluh dan membuang asid urik dari sistem badan. Ingat untuk bilas selepas mandi anda untuk mengeluarkan sebarang sisa dari halia untuk melindungi kulit anda.

2. SAYUR-SAYURAN. 
  • Alfalfa tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah.
  • Daun pasli adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.

3. BIJIRIN KECIL.
Dr Theodore A. Baroody mencadangkan dalam bukunya, “Alkalinize or Die” bahawa penghidap gout boleh makan bijirin kecil yang beralkali untuk membantu dalam penyingkiran asid urik. Bijirin itu adalah cous cous, amaranth dan millet.
Cuba dapatkan di kedai-kedai makanan kesihatan, ia boleh disediakan dalam kaedah yang sama seperti beras dan adalah alternatif yang lazat untuk beras dan pasta. Boleh juga menggunakan resipi-resipi yang lain.

4. HERBA
  • Black cohosh mengawal keasidan darah dan membantu melarutkan asid urik membuat ia lebih mudah untuk dihapuskan.
  • Bilberry tinggi kandungan flavanoids, sejenis pigmen larut air yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti-oksida.
  • Teh Buchu (Buchu adalah sejenis tumbuhan dari Western dan Southern Cape Afrika Selatan) membantu melarutkan dan mengepam keluar kristal asid urik dari sendi dan buah pinggang serta aliran darah anda.
  • Devil’s claw adalah ejen pembersihan semula jadi untuk kekotoran toksik dalam darah. Ambil 400 mg ekstrak keringnya 3 kali sehari seperti yang diperlukan untuk kesihatan.
  • Biji saderi (Celery seeds) melegakan gout dengan mengeluarkan asid urik dari badan. Biji saderi mengandungi kira-kira 20 agen anti-radang yang berbeza. Dos yang disyorkan adalah 500 mg, 2 kali sehari. Amaran: Wanita hamil dan orang yang mempunyai penyakit buah pinggang perlu berhati-hati kerana biji saderi adalah diuretik yang kuat dan boleh memburukkan lagi penyakit buah pinggang.

5. PRODUK TENUSU
Menurut 1 kajian analisis kesan susu dari lembu, kerbau atau bison, pada tahap asid urik 6 peserta yang sihat. Selepas minum susu, kandungan asid urik air kencing peserta meningkat sehingga 38% berbanding dengan jumlah mereka keluarkan selepas minum air. Untuk manfaat kesihatan yang berpotensi sama, susu rendah lemak boleh juga digunakan selalu. Produk susu rendah lemak, seperti yogurt, boleh memberi manfaat kesihatan yang sama.
Produk tenusu, seperti susu, yogurt dan keju kotej (cottage cheese), membekalkan kalsium dan vitamin D untuk tulang yang kuat dan protein. Menurut laporan yang disiarkan dalam “Pemakanan dan Penyakit reumatik” pada tahun 2008, produk tenusu mempunyai “kesan klinikal yang bermakna” dalam mengurangkan asid urik. Oleh kerana susu dan keju biasa tinggi lemak tepu, selalulah pilih versi rendah lemak.
Produk tenusu, termasuk susu, keju dan yogurt, boleh membantu mengurangkan paras asid urik dalam badan anda, membawa kepada penurunan risiko untuk gout. Sebagai cecair, susu/susu rendah lemak boleh membantu badan anda mengepam asid urik yang berlebihan keluar melalui air kencing. Sasarkan 16-24 oz minum susu setiap hari.
Makan bijirin sarapan pagi anda dengan susu rendah lemak dan minum susu rendah lemak dan bukannya minuman ringan (minuman ringan adalah salah satu penyumbang peningkatan asid urik) atau minuman beralkohol untuk manafaat yang tinggi.

6. KEKACANG ATAU PROTIN TUMBUHAN
Daging dan makanan laut mengandungi kandungan purine yang tinggi dan boleh meningkatkan tahap asid urik anda. Menggantikan protein haiwan dengan sumber berasaskan tumbuhan, di sisi lain, boleh menurunkan tahap asid urik anda.
Kekacang yang kaya dengan protein termasuklah kacang soya, lentil, kacang hitam, kacang dal, kacang kuda dan kacang navy, makanan berasaskan soya, seperti tauhu, susu soya dan tempe, kacang soya, edamame, tauhu bakar atau kukus, smoothie soya, kuah dal, sup lentil dan salad chilled bean, “vegetarian chili“, hummus dan lain-lain adalah sumber tumbuh-tumbuhan yang bernilai untuk menyediakan sejumlah besar keperluan protein.
Beli atau sediakan sup dan makanan lain yang rendah garam untuk mencegah pengambilan natrium yang berlebihan yang dikaitkan dengan pembentukan batu karang.
Sebagai makanan yang kaya dengan serat, kekacang juga membantu anda menurunkan berat badan anda, mengurangkan risiko anda untuk gout dan batu karang.
Hadkan pengambilan daging anda tidak lebih daripada 6 oz. sehari jika anda terdedah kepada batu karang & asid urik yang tinggi. Kekacang adalah semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol, dengan meningkatkan pengambilannya anda boleh mengurangkan tahap kolesterol anda dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda secara keseluruhan.

7. CECAIR
Cecair/bendalir menggalakkan penghidratan dan membantu badan anda mengeluarkan asid urik melalui air kencing. Jika anda terdedah kepada batu karang asid urik, minum sekurang-kurangnya 10 gelas cecair setiap hari, sekurang-kurangnya separuh daripadanya dalam bentuk air kosong.
Air kencing berwarna kuning cair atau jernih merupakan tanda positif penghidratan. Cecair lain yang boleh membantu mengurangkan tahap asid urik termasuklah susu atau susu non dairy, sup rendah garam, teh herba, susu soya, susu beras, gelatin dan buah-buahan & sayur-sayuran yang kaya dengan air seperti tembikai, buah-buahan sitrus, tomato, timun, saderi dan buah-buah jenis beri.
Elakkan jus kranberi dan jus limau gedang (grapefruit), yang boleh menyumbang kepada batu asid urik.

8. BIJIRIN PENUH
Bijirin penuh mengandungi semua bahagian berkhasiat dari bijirin, lebih banyak serat, protein dan mikronutrien, termasuk magnesium, berbanding bijirin bertapis. Pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium dan rendah kalsium seperti barli, oat, beras perang dan bran, dalam diet anda untuk mengurangkan risiko batu karang.
Gantikan karbohidrat rendah serat, seperti roti putih, pasta dan pretzels dari tepung berproses, dengan bijirin penuh, yang lebih mengenyangkan, bagus untuk mengawal jumlah pengambilan makanan (portion intake) dan penurunan berat badan. Apabila membeli roti, pasta dan bijirin, teliti pembungkusan produk untuk memastikan bahawa bijirin penuh disenaraikan sebagai bahan utama.
Menurut laporan “Pemakanan dan Penyakit reumatik”, terdapat kaitan antara obesiti dan gout; pengurusan berat badan yang sihat boleh membantu tahap asid urik yang lebih rendah.
Bijirin penuh boleh dihadhamkan dengan lebih baik berbanding bijirin bertapis/berproses dan mempunyai kesan yang rendah pada tahap gula dalam darah anda dan melambatkan isyarat lapar, ini membantu anda menguruskan berat badan.
Untuk hasil terbaik, gantikan roti putih, pasta, cereal dan makanan ringan dengan makanan bijirin penuh yang belum diproses keseluruhan seperti oat, beras perang, beras huma, barli dan air-popped popcorn. Kerana makanan yang kaya dengan serat juga mengenyangkan dan membantu dalam kawalan berat badan anda.

9. BIJIRIN BEBAS YIS
Produk bijirin yang dicampur yis mengandungi tahap purine yang tinggi. Ia boleh membawa kepada peningkatan paras asid urik. Bijirin penuh bebas yis seperti beras perang, beras huma, quinoa, barli dan air-popped popcorn adalah alternatif yang berkhasiat. Sebagai makanan yang kaya dengan serat, bijirin juga boleh menggalakkan selera dan kawalan berat badan juga mengurangkan risiko anda untuk mendapat batu karang dan gout.

10. BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu badan anda mempertahankan dirinya daripada jangkitan dan penyakit, serat dan air. Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, malah kacang yang kaya dengan purin, kobis bunga dan bayam tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko gout meningkat, menurut Johns Hopkins, Medicine.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan, seperti buah beri, ceri, tomato, bell pepper, tomato dan squash boleh membantu mengurangkan gejala batu karang.
Oleh kerana buah-buahan dan sayur-sayuran rendah dalam kandungan tenaga, bermakna mereka menyediakan kurang kalori bagi setiap hidangan berbanding lemak dan kanji, ia juga boleh membantu memudahkan proses pengurusan berat badan. Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk mencegah risiko gout dan batu karang.
Elakkan sayur-sayuran dalam tin yang mengandungi sodium tinggi yang boleh menyumbang kepada batu karang.

Amalkan pemakanan yang sihat untuk pengawalan kandungan asid urik penting untuk kesihatan anda.

GARAM KRISTAL HIMALAYA insyaallah  sangat mebantu anda dengan cara menyingkirkan uric asaid dalam badan. Dengan ini paras asid uric akan berkurangan. 




Dapatkan SET GOUT QASEH sekarang!!!
Hanya RM 67.90 + postage RM 9.00

SMS/WHATSAPP/TELEGRAM
0178870574
PAGE: SIHAT DENGAN QASEH GOLD

Thursday 25 September 2014

KEGUGURAN

APA ITU KEGUGURAN

Ibu turun darah sebelum minggu ke-20 kandungan. Semasa keguguran, janin atau kandungan di dalam rahim boleh gagal untuk terus hidup.  Keguguran berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala  20% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung.
Sebab-sebab
Banyak faktor boleh menyebabkan keguguran dan selalunya ia berbagai (multifactorial) dan bertindih. Antaranya adalah:
  1. Masalah genetik: 30% keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah genetik.  Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin.  Masalah genetik merangkumi 40-45% dari sebab keguguran.

  2. Masalah penyakit  si ibu: seperti kencing manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum) atau fibroid (lihat fibroid)
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko keguguran
  1. Usia ibu: ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda

  2. Pernah keguguran sebelumnya: jika keguguran sekali, risko untuk gugur  lagi adalah 20%, dan jika pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%.  Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.

  3. Merokok: merokok lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko

  4. Alkohol: pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran. 

  5. Demam panas: melebihi 37.80C atau lebih boleh menyebabkan keguguran

  6. Trauma: trauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko.  Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling (sila lihat)

  7. Kafeine: pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran.  Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.

  8. Sebab-sebab lain: risiko meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan, sesetengah ubat-ubatan, stress fizikal yang berlebihan, radiasi dan bahan-bahan kimia.
Jenis
 
 
  1. Keguguran terancam (Threatened miscarriage) – ibu akan mengalami turun darah dan sakit di bahagian bawah perut.  Pangkal rahim (servik) masih tertutup, dan saiz rahim sama dengan minggu mengandung.  Di kebanyakkan kes, pendarahan akan berhenti sendiri dan kandungan boleh selamat dilahirkan cukup bulan.  Ada juga kes dimana pendarahan menjadi lebih banyak (tumpah darah) dan akhirnya gugur.

  2. Keguguran tidak dapat dielak (inevitable miscarriage) - keguguran tidak dapat dielakkan.  Pangkal rahim terbuka, tumpah darah bertambah banyak dan sakit perut bertambah kuat.

  3. Keguguran tidak lengkap (incomplete miscarriage) - bermakna janin telah gugur keluar tetap masih ada yang tertinggal lagi dalam rahim. Pintu pangkal rahim terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.

  4. Keguguran lengkap (complete miscarriage) - janin telah keluar sepenuhnya. Keguguran berlaku sebelum minggu ke-12. Pendarahan dan sakit berkurang tanpa rawatan. Semasa pemeriksaan dilakukan (oleh doktor), pintu pangkal rahim sudah tertutup dan simptom-simptom mengandung sudah hilang.  Ultra bunyi menunjukkan rahim tidak tertinggal janin.

  5. Keguguran septik (septic miscarriage) - ibu yang keguguran dijangkiti kuman yang menjangkiti rahim. Simptom termasuk demam panas, mengigil, sakit perut, pendarahan faraj dan lendiran dari faraj (berbau busuk dan kental berwarna kuning)
Clinical presentation
Antara simptom adalah pendarahan (tumpah darah) dan sakit (di bahagian bawah perut) semasa awal mengandung (kurang minggu ke-12).  Pendarahan yang sedikit dan rasa kurang selesa di bahagian perut boleh dianggap normal kepada kebanyakkan wanita yang mengandung, akan tetapi kalau pendarahan yang banyak dan sakit itu bertambah; pesakit dinasihatkan berjumpa doktor segera.
Diagnosis
Dalam kebanyakkan kes, ultra bunyi digunakan untuk memastikan kandungan tersebut masih bernyawa atau tidak (viable). Ultra bunyi juga penting dalam mengenalpasti lokasi kandungan itu (lihat ectopic pregnancy)
Rawatan
  1. Pemerhatian (observation) - kebanyakan ibu yang mengalami keguguran tidak memerlukan rawatan, baik rawatan perubatan atau pembedahan.  Jika keguguran berlaku sebelum minggu ke-13, dan si ibu stabil (tidak tumpah darah yang banyak atau tidak dijangkiti kuman), cukup sekadar pemerhatian sahaja.  Selalunya janin tersebut akan keluar dari rahim dalam masa seminggu dua.  Ada kalanya mengambil masa 3 hingga 4 minggu selepas itu.  Apabila kandungan itu keluar, doktor selalunya akan membuat ultra bunyi untuk melihat tiada bahagian janin yang masih tertinggal di dalam rahim (incomplete miscarriage).

  2. Rawatan perubatan- sesetengah kes, doktor akan memberi ubat pil untuk dimakan atau masukkan ke dalam faraj untuk mengeluar kandungan yang telah keguguran tersebut

  3. Rawatan Pembedahan- prosidur ini dinamakan dilatation & curettage (D&C). Doktor akan membuka (dilatation) pangkal rahim (servik) dan membuat curettage (cuci) dalam rahim bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran tersebut.  D&C dilakukan jika si ibu tidak mahu menunggu janin keluar secara spontan ataupun terdapat banyak pendarahan atau jangkitan berlaku. Suatu kaedah lagi yang boleh digunakan adalah “MVA”, iaitu “Manual Vacuum Aspiration” atau kaedah menyedut janin yang agak mudah dilakukan.

Selepas keguguran?
Selepas keguguran, ibu dinasihatkan supaya tidak memasukkan apa-apa bahan (tampon) atau douching selama 2 minggu. Selalunya doktor menasihatkan tunggu 2-3 bulan sebelum cuba mengandung lagi.  Tiada masalah mengambil kaedah perancang (termasuk IUCD) selepas keguguran. Doktor mungkin memberi ubat tambah darah dan antibiotik untuk mengurangkan kurang darah (lihat anemia) dan risiko jangkitan (keguguran septik).  Bagi ibu yang berdarah Rh negative- RhoGam® perlu diberikan supaya mengurangkan risiko keguguran untuk kandungan yang akan datang.

Sunday 14 September 2014

Anda ingin HAMIL???

INGIN HAMIL ?
Berikhtiarlah dengan PEMAKANAN SUNNAH yang terdapat dalam QASEH GOLD

Anda dah cuba bermacam -macam jenis ubat , Supplement mahupun Pembedahan? Tapi anda masih Tidak Hamil. 
Sukar HAMIL adalah berpunca dari masalah kesuburan isteri atau suami atau kedua-duanya.
Pelbagai Faktor yang menyebabkan Ketidaksuburan seseorang seperti :

» penyakit organ peranakan seperti cyst,fibroid dan endometriosis
» kegagalan ovulasi
» ketidakseimbangan hormone
» selalu senggugut
» masalah keputihan
» anemia
» umur
» stress
» merokok/alcohol

Kita jangan salahkan sesiapa dalam hal ini. Apa kata kita BACK TO BASIC dimana kita kembali amalkan makanan sunnah di zaman Rasulullah iaitu KURMA dan MADU yang mana ia adalah bahan paling utama dalam QASEH GOLD.

QASEH GOLD ialah formulasi Jus Makanan Sunnah unggul dan herba terpilih untuk meningkatkan tenaga fizikal, minda dan emosi serta menjana kesihatan.

KEUNIKAN BAHAN-BAHAN QASEH GOLD dimana ia dibuat bahan utama adalah KURMA dan MADU. Disamping itu Minyak Habatussauda, Tiin, Delima, Air Zam-Zam, Za’fran, Gam Arab, Gingko Biloba, Sireh.

QASEH GOLD juga mengandungi terapi al-Quran dan dikilangkan secara Islamik (IMP), 100% HALAL dimana ia Produk Bumiputera Islam.

Set Kehamilan QASEH ini mengandungi :
a) QASEH Gold Adinda (Untuk Isteri) – tambahan bahan adalah passiflora, manjakani dan pegaga
b) QASEH Gold Kekanda (Untuk Suami) - tambahan bahan adalah guarana, tribulus dan ashwaganda

2 jenis bahan utama dalam QASEH iaitu KURMA dan MADU banyak memainkan peranan sebagai agent untuk kehamilan.

KURMA
- Menyokong pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan oleh mereka yang cuba hamil.
- Di samping itu, kurma juga kaya dengan triptofan, sejenis asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan serotonin. Serotonin penting untuk memberi ketenangan kepada tubuh, menstabikan mood, melegakan stress dan memperbaiki kualiti tidur.

Kesemua ini akan mempengaruhi keseimbangan hormon yang akan meningkatkan kesuburan.

Kelebihan kurma berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya : “ Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah tamar.

MADU
- Kaya dengan mineral dan asid amino untuk membekalkan nutrisi kepada sistem peranakan serta merangsang fungsi ovari untuk mudah hamil.

- Selain itu SIREH bertindak membantu membina rahim dan system peranakan.

➊KHASIAT QASEH GOLD KEKANDA untuk Suami:
-------------------------------------------------------------
✔ MERAWAT/ PENAMBAHAN tenaga batin
✔ Melancarkan perjalanan darah dengan lebih baik
✔ MENINGKATKAN bilangan & kuantiti sperma
✔ MENAMBAH daya seksual lelaki dan kesuburan lelaki

➋KHASIAT QASEH GOLD ADINDA untuk Isteri:
-------------------------------------------------------------
✔ Menguatkan rahim
✔ Meningkatkan tahap kesuburan
✔ Membina sel darah merah
✔ Membekalkan NUTRISI kepada sistem peranakan
✔ Mengatasi masalah KEPUTIHAN
✔ Melegakan STRESS
✔ Menstabilkan hormone
✔ Merangsang fungsi ovari untuk mudah hamil

Alhamdulillah dah ramai yang mendapat zuriat dengan mengamalkan QASEH GOLD. Antara Testimoni Hamil :

1. “Sis, saya dah pregnant tau..alhamdulillah rezeki..tambah pula saya minum QASEH tu kan..ngam-ngam sebotol saya terus pregnant”

2. “ Just nak sharing, Alhamdulillah..adik saya minum QASEH 2 botol, kini mengandung 5 minggu..Semua tu Allah yang menentukan..Kita berusaha”


Harga Set Kehamilan QASEH adalah harga mampu milik
✔ Hanya RM150(termasuk postage ke semenanjung dan RM164 Ke Sabah/Sarawak)

Berminat sila PM kami atau SMS/Call/ telegram 0178870574. Tips cepat hamil akan menyusul.

* Berikhtiarlah selagi mampu kerana anak adalah menyeri rumahtangga. Insyallah dengan makanan sunnah ini membuahkan hasil yang anda tunggu selama ini!

Saturday 6 September 2014

Ya Allah, Indah Sungguh Ciptaan Mu....

Jom Kita Saksikan Keindahan & Kebesaran Allah SWT...
Subhanallah..

12 MAKANAN KEGEMARAN NABI MUHAMMAD (SAW)






1.Barli (جو jau)


Baik demam, manakala menggunakan dalam bentuk sup.



2.Kurma (کھجور)



Rasulullah (SAW) berkata bahawa sebuah rumah tanpa Kurma tidak mempunyai makanan. 



Ia juga perlu dimakan pada masa bersalin.


3.Ara (انجير)

Ia adalah buah-buahan dari syurga dan ubat untuk buasir.

4.Anggur (انگور)



Rasulullah (SAW) amat suka anggur - membersihkan darah, memberi tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan membersihkan usus.


5.Madu (شہد)


Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir) 
2. Mencuci perut 
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar 
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu 
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas. 



6.Tembikai (تربوز - خربوزا - سردا)


Rasulullah (SAW) berkata: 'Tiada wanita yang mengandung dan makan tembikai air akan gagal untuk menghasilkan musim bunga yang baik di wajah dan baik dalam watak.


7.susu


Rasulullah (SAW) berkata bahawa susu dari kamu dari haba dari jantung seperti jari dari kamu peluh dari dahi. Ia menguatkan belakang, meningkatkan otak, memperbaharui visi dan memandu dari kealpaan.

8.Cendawan (کھمبي)


Rasulullah (SAW) berkata, cendawan itu adalah penawar yang baik untuk mata, ia juga berfungsi sebagai satu bentuk kawalan kelahiran dan lumpuh tangkapan.



9.Minyak Zaitun (زيتون)


Rawatan yang sangat baik untuk kulit dan rambut, melengah-lengahkan usia tua, dan merawat radang perut.

10.Delima (انار)


Rasulullah (SAW) berkata ia membersihkan anda Iblis dan aspirasi jahat selama 40 hari.


11.Cuka (سرکہ)

 makanan Nabi Muhammad (SAW) digunakan untuk makan dengan minyak zaitun. 




Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.



12.Air (پاني)

Rasulullah (SAW) berkata minuman yang terbaik di dunia ini adalah air



Minuman Manis dan Sejuk 

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut 
"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk" 

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan. 


Ringkasan adab minum 

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan 
2. Bacalah " Bismillah" 
3. Minum dengan tiga nafas 
4. Minum dalam keadaan duduk 
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain. 
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah 
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri 
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit 
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat 



Kadang-kandang  Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS"





Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".