Sunday 30 November 2014

Masalah Sembelit pada bayi & kanak-kanak

Sembelit bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, tetapi bayi kecil anda juga boleh mengalami sembelit. Sembelit adalah keadaan bayi akan merasakan sukar untuk membuang air besar. Keadaan ini adalah disebabkan oleh najis bayi menjadi keras dan membuatkan bayi akan mengalami kesakitan dan sedikit darah akan terhasil kerana luka sekitar dubur. Selalunya berlaku pada bayi yang lebih besar. Ini adalah kerana apabila ia bermula dengan pengambilan makanan tambahan lain selain susu atau kerana perubahan dalam makanan diet.


Masalah sembelit terhasil apabila, anda boleh melihat anak anda tidak membuang air besar dalam masa 2-3 hari. Dan waktu bayi anda ingin membuangnya, dia akan berasa sakit dan menangis kerana berasa sukar untuk membuang najisnya.



Apa yang boleh dilakukan, jika bayi anda mempunyai masalah seperti berikut. Cara ini boleh dipraktikkan jika bayi anda berumur 1 tahun ke atas atau berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat:

1) Apabila bayi masih kecil yang mengalami kesukaran membuang air besar, dengan menggunakan termometer yang telah dilumurkan dengan pelincir jeli khas untuk dubur dan masukkan ke dalam dubur dengan teliti dan keluarkan najis tersebut. Ini dalam membantu bayi mengeluarkan najis tersebut

2) Bagi bayi yang lebih besar dan telah mula makan bermacam jenis makanan, beri banyak minum air kosong dan jus buah-buahan yang dikisar tanpa ditapis untuk membantu dan mengelakkan sembelit

3) Beri makanan, sayuran dan buah-buahan yang mempunyai tinggi serat dalam diet pemakanan anak anda. Contohnya, sayur bayam, lobak merah, pisang, betik, prune dan sebagainya.


Ini adalah cara yang biasa dilakukan untuk membantu bayi dan anak anda untuk mengelakkan sembelit atau membantu proses membuang air besar. Memang semua kanak-kanak akan mengalaminya dan kita sebagai ibu harus tahu cara yang terbaik untuk anak kita. Kerana perut anak anda masih kecil dan sedang mengadaptasi pemakanan yang berlainan yang diambil oleh anak anda. Walaupun di dalam susu formula telah dinyatakan mempunyai serat/fibre, anda masih perlu mengawasi diet anak anda dengan memberikan serat dari punca yang berlainan dari buah-buahan, sayur-sayuran dan juga tabiat meminum air yang banyak dapat melancarkan proses pencernaan dan sekali gus membaik pulih masalah sembelit dan juga mengelakkannya berlaku.

Berjumpalah dengan doktor anda sekiranya:

  • Sembelit berterusan selepas anda cuba lakukan di atas, masalah sembelit boleh digunakan cara penggunaan perubatan yang harus diberi arahan dari doktor anda.
  • Apabila sembelit diiringi dengan sakit perut atau muntah-muntah
CADANGAN ZU ATASI MASALAH SEMBELIT ANAK ANDA DENGAN QASEH GOLD JUNIOR, INSYAALLAH SANGAT MEMBANTU




Call/whatsapp/telegram
Zuraini
0178870574
website: www.qasehzuraini.com.my
PAGE: Info Sihat Qaseh Gold
Add FB:  Qaseh Zuraini Amal
 

No comments:

Post a Comment