Thursday 13 November 2014

Bagaimana Kitaran Haid Berlaku

Bagaimana kitaran haid berlaku
Ketika dilahirkan, seorang bayi perempuan mempunyai 1 juta folikel. Folikel ketika ini merupakan telur yang tidak matang. Ia dihasilkan dalam badan fetus (janin dalam kandungan) ketika ia hanya berusia 4 bulan dalam perut ibunya!
Ketika baligh (puberty), kitaran haid dan kesuburan seorang wanita akan diaktifkan. Di permulaan kitaran haid, kelenjar pituitary akan menghantar mesej kepada salah satu ovari (wanita ada dua ovari).  Hormon membawa mesej tersebut melalui darah.  Follicle Stimulating Hormon (FSH – hormon yang meransang folikel) akan mengaktifkan folikel (dalam satu ovari sahaja) supaya matang.
kitaran-haid
Apabila folikel diransang untuk menjadi matang, ia akan merembeskan estrogen. Ketika ini, estrogen adalah sangat dominan.
Antara fungsi estrogen ialah :
  • Ia menurunkan suhu badan wanita kerana manusia sebenarnya prefersuhu yang lebih rendah ketika telur dalam fasa dimatangkan.
  • Estrogen meransang pengeluaran cecair servik yang membantu sperma hidup hingga 5 hari.
  • Ia melembutkan servik, membawa ia dekat ke saluran vagina dan membuka bukaan hadapan (os).
Apabila satu telur di dalam folikel mencapai tahap matang, satu signal (membawa berita yang telur itu dah matang) akan sampai kepada otak. Otak akan merembeskan Luteinizing Hormone(LH – hormon yang meransang pengovulan) kepada ovari. Telur yang matang itu akan ‘ditembak’ keluar dari folikel dan fimbria (berbentuk macam jejari kat tiub fallopian tu) akan cepat-cepat ‘mengambil’ telur tersebut. Proses ini dinamakan pengovulan.
pengovulan

Selepas pengovulan, folikel akan bertukar peranan dan namanya. Sekarang ia merupakan corpus luteum dan merembeskan progesterone.
Hormon progesterone berfungsisebagai:
  • Ia menaikkan suhu badan wanita
  • Ia mengeringkan cecair servik.
  • Ia menutup bukaan pada faraj (os), mengeraskan dan menurunkan servik (jauhkan servik dari vagina)
  • Ia menebalkan dinding uterus (rahim), jika persenyawaan terjadi, embrio itu akan mempunyai kawasan penempelan yang penuh dengan darah, panas dan kaya dengan mineral. Jika persenyawaan tidak berlaku, maka darah itu akan dikeluarkan ketika menstruasi (haid).
Progesterone akan terus aktif selepas pengovulan tidak kira sama ada persenyawaan berlaku atau tidak. Corpus luteum akan ‘hidup’ dan merembeskan progesterone selama 11-16 hari. Jika seorang wanita itu tidak mengandung,corpus luteum itu akan mati, suhu badannya akan menurun dan haid akan berlaku dalam tempoh satu hingga dua hari selepas itu.
Peranan supplemen ketika ini
Seperti yang telah saya terangkan di atas (kata ringkas, macam panjang lebar jugak), kita akan dapati hormon sangat mendominasi sistem badan wanita. Dan proses ketika ovum atau telur diletuskan (bayangkan ditembak) keluar dari folikel itu sebenarnya banyak sel yang mati disebabkan oleh proses tersebut.
Badan kita perlu  menggantikan sel-sel baru dengan cepat supaya sel mati akan terus dibuang dan proses lain dalam badan berjalan lancar.
Untuk badan kita merembeskan hormon sepatutnya pada masa sepatutnya serta imbangan yang tepat antara hormon juga memerlukan sistem badan yang sihat.

No comments:

Post a Comment