Saturday, 30 August 2014

Punca anda mengalami sembelit



Najis ialah baki sisa makanan selepas bahan berkhasiat diserap mukosa usus. Pergerakan usus dalam kawalan urat saraf melalui pergerakan ‘peristalsis’ atau pergerakan setiap kali anda makan dan minum.

Senaman seperti berjalan juga dapat mengaktifkan pergerakan otot usus dan memudahkan anda membuang air besar.

Jika makan makanan kurang serat, najis anda sedikit dan liat. Lebih berat lagi jika anda kurang minum air yang akan membuatkan najis anda kering dan keras menyebabkan berlakunya sembelit. 

Jika anda makan makanan mengandungi banyak serat seperti buah-buahan dan sayuran, serat yang kekal dalam usus memudahkan pergerakan sisi makanan ke usus besar dan memudahkan pengeluarannya daripada usus besar. 

Pendek kata, anda perlu makan makanan seimbang, tidak lebih dan tidak kurang, dan ini termasuk makanan banyak serat dan air. 

No comments:

Post a Comment