Friday, 1 August 2014

Khasiat Daun Pegaga


Nama BotaniCentella asiatica (L) Urban
Nama lainPennywort (Inggeris), Pegaga (Melayu), Pegagan (Filipina), Buabok (Thai), Ching Chow Sui (Cina), Mandookaoarni (Sanskrit), Gotu cola (India)
FamiliUmbelliferae
PengenalanPegaga (Centella asiatica (L) Urban) berasal dari kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar. Kemudian ia tersebar ke kawasan Asia Tenggara dan kawasan-kawasan lain seperti Malaysia, Pakistan, China, Jepun, Afrika Timur, West Indies, Amerika Selatan dan Australia. Ia didapati tumbuh meliar di kawasan lembap yang berdekatan dengan air (di persisiran sungai dan tali air). Kebanyakan spesies boleh tumbuh di kawasan terbuka manakala terdapat juga spesies yang memerlukan keadaan lindungan yang sederhana. Pegaga tumbuh menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar pada setiap ruas daun. Daunnya berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi daun bersifat licin atau bergerigi mengikut jenis. Lebar daun antara 3–5 cm dan panjang tangkai daun boleh mencapai 15 cm mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman. Bunganya dalam jambak 3–4 kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk pipih berukuran di sekitar 3 mm dan kelihatan seperti biji cili. Terdapat 3 jenis pegaga iaitu Centella asiaticaMerremia emarginata dan Hydrocotyle spp. Spesies asiatica lebih dikenali kerana dapat mengubati berbagai-bagai jenis penyakit.
Khasiat dan KegunaanPegaga mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

 

Semua jenis pegaga mempunyai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamain A dan C
KHASIAT
Pegaga diketahui berkhasiat bagi menyegarkan badan.
Dalam perubatan tradisional, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, penyakit kusta, juga dipercayai berupaya melambatkan kulit kedut,  menyembuhkan demam, melancarkan peredaran darah,  merawat pitam, mengurangkan berat badan, awt muda, rawatan lepas bersalin, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut ,melicin dan menyihatkan kulit dan sebagainya.  Selain itu digunakan juga untuk menyembuh beberapa penyakit antaranya ialah kencing manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah tinggi. Daun pegaga juga boleh merawat kecantikan anda.
(a)   Serikan Wajah Anda.
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda alan lebih berseri.
(b) Kecutkan Peranakan
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.
(c) Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat  mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.
Caranya:
Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya.
Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka akan berseri.  Amalan kerap memakan pegaga boleh menjadikan seseorang itu awet muda dan tubuh badan tidak gemuk
Untuk menyejukkan badan, biasanya pegaga diambil secara segar sebagai ulaman, dan diminum sebagai tonik untuk kecergasan otak.
Pengambilan pegaga secara segar memerlukan bekalan bahan mentah yang berterusan.
Hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Institusi Penyelididkan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), Faridah Hussin telah berjaya menghasilkan minuman pegaga daripada empat jenis minuman iaitu minuman pegaga, minuman pegaga halia, minuman pegaga madu dan minuman pegaga halia madu.  Beliau telah berjaya membangunkan suatu teknologi praperlakuan ke atas pegaga dengan menggunakan larutan garam pada peratus yang amat rendah. Peratusan ini telah berjaya menstabilkan klorofil yang amat sensitif kepada pemprosesan dan penyimpanan kerana ia akan berubah warna daripada hijau kepadahijau keperangan.
Dalam penghasilkan produk-produk ini, pegaga segar dikisar begitu saja atau ditambah halia pada peratus yang telah ditetapkan dan dicampur dengan sedikit larutan garam. Kemudian pegaga akan ditapis dan ekstrak jus akan dicampurkan dengan maadu, asid sitrik, penstabil makanan semulajadi dan ditambah dengan air sehingga ke isi padu yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment