Tuesday, 22 July 2014

Masker Putih Telur



Siapa yang tidak mendambakan kulit yang halus tanpa cela? Baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing ingin memiliki kulit yang cantik, licin dan berseri. Saban tahun, kita dapat melihat pelbagai lambakan produk kecantikan dijual di pasaran ekoran permintaan yang tinggi terhadap produk sebegini.

Produk kecantikan yang ada di pasaran sememangnya memberikan kesan yang nyata, namun bahan kimia yang ada dalam setiap produk akan memberikan kesan buruk dalam jangka waktu panjang.

Jadi, salah satu alternatif yang boleh digunakan bagi menggantikan produk kecantikan berkimia ini adalah melalui penggunaan bahan-bahan semula jadi. Salah satu bahan semula jadi yang terbukti berkesan untuk kecantikan kulit wajah adalah telur ayam.

Khasiat yang terkandung di dalam putih telur dapat menjadi solusi untuk anda yang mengalami masalah kulit wajah seperti kulit kering dan berminyak serta berjerawat.
Di dalam putih telur, terdapat sumber protein seperti fosforus, kalsium, zink dan potassium. Selain itu, putih telur juga mengandungi asid amino yang baik untuk membentuk kesihatan otot tubuh.

Telur juga memiliki banyak vitamin B2 dan B3 yang berupaya untuk mengatasi masalah jerawat serta dapat menghilangkan bintik-bintik hitam, menghalus dan melembapkan kulit, mengecilkan pori-pori dan mencerahkan wajah.


 

No comments:

Post a Comment