Saturday, 16 December 2017

Kenali Garam Gunung Himalaya

 Gunung Himalaya berasal dari kawasan pergunungan Himalaya. Garam ini terhasil secara semulajadi tanpa melalui sebarang proses kimia sebagaimana penghasilan garam putih biasa. 
Garam Gunung Himalaya ini memiliki sekurang-kurangnya 84 jenis mineral dan zat galian yang sememangnya sangat sesuai untuk menyeimbangkan keperluan tubuh kita
Garam ini mudah diserap oleh sel dalam tubuh badan kita
Kandungan mineral dan zat galiannya dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti masalah kulit, sakit kepala dan masalah berkaitan peredaran darah. 



Berikut merupakan beberapa aplikasi atau cara penggunaan terbaik Garam Gunung Himalaya untuk penjagaan kesihatan anda sekeluarga:

1) Garam Gunung Himalaya Dalam Masakan


Garam Gunung Himalaya sangat sesuai digunakan dalam setiap masakan anda. Penggunaan garam ini dalam masakan akan menjadikan masakan lebih enak, lebih tahan lama dan tidak mudah basi.

Cara penggunaannya :

Matikan api setelah masakan siap dimasak.  Kemudian, taburkan Garam Gunung Himalaya ini secukup rasa perlahan-lahan dalam masakan tadi dan gaul masakan tadi agar garamnya rata.Dengan cara ini, khasiat mineral dan zat galiannya akan dapat dikekalkan. Jika garam ini ditabur pada masakan ketika sedang panas, suhunya yang terlalu tinggi memusnahkan kesemua mineral dan zat galian semulajadinya.

2) Garam Gunung Himalaya Dalam Campuran Air

Campuran 1 sudu teh Garam Gunung Himalaya dengan segelas air yang diminum pada waktu pagi (sebelum sarapan) dikatakan dapat membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan imuniti tubuh.  Malahan, air garam yang suam pula sangat sesuai untuk dijadikan air kumur jika anda mengalami masalah sakit tekak dan ia juga dapat membantu membersihkan gigi dan mulut.

3) Gunung Himalaya Sebagai Scrub/Lulur Badan

Campurkan sedikit air dalam Garam Gunung Himalaya ini dan jadikan ia bahan lulur badan anda.Ia sangat sesuai untuk disapukan ke seluruh anggota badan untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit. Boleh juga digosok secara perlahan-lahan Garam Gunung Himalaya ini di bahagian anggota badan yang mengalami masalah kulit seperti tumit pecah, kulit gatal-gatal, bisul, ruam mahupun alahan. Biarkan seketika. Setelah ia kering, segera bilas dengan air biasa. Amalan ini akan dapat mengurangkan masalah pada kulit anda.

4) Garam Gunung Himalaya Sebagai Air Mandian atau Air Rendaman Kaki

Garam Gunung Himalaya ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai sebahagian air mandian atau air rendaman kaki untuk menyingkirkan toksin dalam badan (detox) dan meredakan ketegangan akibat stres. Kebiasaannya, anda boleh melakukannya seminggu sekali, ketika waktu anda ingin berehat atau pun sebelum tidur selama 15 hingga 30 minit sahaja. Kemudian, terus bilas tubuh/kaki anda tadi dengan air biasa dan minum sekurang-kurang segelas air.

Cara Penggunaannya:

Untuk air mandian, sediakan lebih kurang 10 liter air suam (suhu 37 darjah), 2 hingga 3 senduk garam dan sedikit minyak aromaterapi (jika ada).  Minyak aromaterapi yang biasanya digunakan adalah berasaskan pati sekurang-kurangnya tujuh (7) jenis bunga-bungaan yang bertindak sebagai bahan wangian mengatasi ketegangan minda & menambahkan wangian pada tubuh anda.

No comments:

Post a Comment