Haemeroid iaitu lebih sinonim sebagai BUASIR di kalangan masyarakat tempatan merupakan keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian anus (dubur) dan bahagian penghujung rektum (bahagian akhir usus besar).
Ia terjadi apabila pesakit meneran ketika membuang air besar atau berlakunya tekanan yang berterusan ke atas pembuluh-pembuluh darah di bahagian tersebut.
Jenis, tanda dan simptom berlakunya buasir bergantung pada kawasan sekitar anus di mana buasir itu terjadi.
Set Buasir Shaklee Mampu Elakkan Pembedahan
Menurut Pakar Bedah, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain, seseorang itu tidak boleh melihat atau berasa buasir bahagian dalaman tetapi apabila meneran sewaktu membuang air besar, permukaan buasir yang lembut akan tercedera dan mengakibatkannya berdarah.
‘‘Anda mungkin akan terlihat beberapa titik darah merah pada tisu tandas atau dalam mangkuk tandas.

Disebabkan membran anus dalaman tidak mempunyai saraf fiber yang peka terhadap rasa sakit, pesakit jarang mengalami rasa tidak selesa atau kesakitan.
“Tetapi, anda mungkin mengalami rasa ‘penuh’ di dalam rektum selepas membuang air besar. Ada ketikanya, apabila meneran, ia akan menolak keluar buasir dalaman melalui pembukaan di anus. Jika buasir itu prolaps (atau terkeluar dari kedudukan asalnya), pesakit akan berasa sakit dan tidak selesa,” katanya.
Sementara itu, bagi pesakit yang mengalami buasir luaran pula, mereka akan mengalami rasa sakit.
Kadangkala, darah yang terkumpul di dalam buasir luaran ini akan membeku (trombus) dan mendatangkan rasa sakit yang keterlaluan, pembengkakan dan inflamasi.
Apabila iritasi berlaku, buasir luaran boleh mengakibatkan pesakit mengalami kegatalan atau perdarahan.
Dalam Qaseh Gold ada gam arab, dimana membantu menyelesaikan masalah sembelit. Boleh klik Gam Arab untuk tahu khasiatnya.
Nak dapatkan qaseh gold. Wasap zu, klik link dibawah.
Www.wasap.my/60178870574
No comments:
Post a Comment